BERITA SEMASA

Monopoli PUSPAKOM ditamatkan – Anthony Loke

PUTRAJAYA – Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tamat pada tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu menyaksikan tiada lagi monopoli PUSPAKOM sebagai penyedia pemeriksaan berkala kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024 selepas konsesi itu tamat sehari sebelumnya

“Proses pelawaan pihak-pihak yang berminat dalam perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dijangka akan bermula selewat-lewatnya dalam suku pertama tahun 2024.

“Keputusan tersebut adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Perjanjian Konsesi PUSPAKOM semasa yang pernah dilanjutkan selama 15 tahun pada tahun 2009, katanya, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut untuk tempoh yang sama.

Beliau berkata, ia akan berkuatkuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma-terma perjanjian sedia ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button