
Berita SemasaDalam Negeri
Mohamad Salim dilantik semula sebagai Pengerusi MCMC
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan pelantikan semula Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai pengerusi agensi itu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac 2025.
Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim berdasarkan prestasi cemerlang dan komitmen Mohamad Salim menerajui agensi itu
Mohamad Salim dilantik sebagai Pengerusi MCMC bagi dua tahun bermula 1 Mac 2023 hingga 29 Februari 2025.
Bernama melaporkan, di bawah pimpinan beliau, MCMC mencatatkan prestasi kewangan terbaik dengan pendapatan bersih RM1.13 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 38 peratus berbanding RM820.6 juta pada tahun sebelumnya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |