BERITA SEMASA

Mohamad Salim dilantik Pengerusi SKMM

CYBERJAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkuatkuasa 1 Mac.

Pelantikan itu diumumkan oleh menterinya, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

“Sukacita saya umum pelantikan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai Pengerusi SKMM bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Mac 2023.

“Tan Sri Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKMM serta menjadi ‘Pengerusi Interim’ SKMM dari Jun 2022 sehingga Januari 2023,” kata Fahmi dalam hantaran tersebut.

Kata Fahmi lagi, beliau berharap pelantikan Salim dapat membantu usaha kementerian mengatasi isu prasarana komunikasi, termasuk bagi tiga peratus lagi kawasan berpenduduk yang masih tidak mempunyai capaian internet.

Salim yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang hartanah merupakan pengasas dan pengarah urusan kumpulan Gapurna Sdn Bhd.

Beliau turut menganggotai panel perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serta naib pengerusi eksekutif semasa Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button