BERITA SEMASA
Mohamad Sabu stabil, dinasihatkan berehat dan tidak terima tetamu
KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan serta rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri, Mohamad dinasihatkan oleh pasukan perubatan untuk berehat bagi memulihkan tenaga selepas mengalami simptom keletihan.
“Buat masa ini, Menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat yang secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pejabat Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Mohamad dan mengambil berat terhadap keadaan beliau.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






