BERITA SEMASA

‘Moga ada khabar yang mereka masih hidup…’ – Nadir Al-Nuri

CYBERJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata beliau tidak mengetahui keadaan keluarganya yang kini berada di Rafah, Palestin.

Beliau dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya sebentar tadi berkata, lokasi tersebut sudah beberapa hari dibedil tentera rejim zionis.

“Giliran Rafah dibedil, tempat keluarga saya berlindung.

“Moga ada khabar yang mereka masih hidup setelah pengeboman tamat beberapa hari ini. Ameen,” kongsi Nadir dalam hantaran tersebut.

Rejim zionis semakin menggila di Tebing Gaza, dengan meluaskan kempen pengebomannya hingga hampir ke sempadan Palestin dengan Mesir.

Pihak Kementerian Kesihatan Palestin berkata, pengeboman di Rafah semalam mengorbankan 92 nyawa, dengan antara tempat disasarkan sebuah tadika yang menjadi pusat perlindungan.

Secara keseluruhannya, kempen keganasan zionis di Palestin yang bermula sejak 31 Oktober 2023 telah mengorbankan 27,238 nyawa dengan 66,452 tercedera di Tebing Gaza, manakala di Tebing Barat pula sebanyak 382 terkorban dengan 4,250 lagi tercedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button