BERITA SEMASAPMX

Modi dijangka hadir Sidang Kemuncak ASEAN 2025 – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang akan dipengerusikan Malaysia tahun depan.

Kehadiran Modi dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam temubualnya bersama India Today Global.

Kata Anwar, kehadiran rakan sejawatnya itu amat penting dalam memperkasakan hubungan antara negara bukan sahaja kepada Malaysia, malah negara anggota ASEAN.

“Saya ada menjemput beliau untuk hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN dan beliau menjawab ‘sudah pasti’, ya beliau menerima jemputan itu, kehadiran beliau amat penting,” kata Anwar dalam temubual tersebut.

Ketika ditanya kenapa kehadiran Modi dianggap penting, Anwar berkata, Perdana Menteri itu mewakili India yang dilihat sebagai suar demokrasi di rantau ini, dengan ekonomi yang bertumbuh pesat.

Katanya, kehadiran pemimpin negara di luar ASEAN termasuk India amat penting untuk memastikan organisasi itu berada di landasan yang tepat.

“Sudah pasti kita memerlukan penyertaan yang aktif, kita perlukan China, Jepun dan Korea Selatan, kebiasaannya yang hadir (Sidang Kemucak ASEAN) bukan sahaja pemimpin negara anggota, malah ada pemimpin Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Jadi tahun depan, menjadi tahun yang amat sibuk kepada Malaysia, namun sokongan daripada negara seperti India amat kritikal untuk memastikan kita berada di landasan yang tepat,” katanya.

Malaysia sekali lagi menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan tuan rumah bagi Sidang Kemuncak ASEAN tahun hadapan selepas kali terakhir pada 2015.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button