BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

MITI terbitkan laman FAQ bagi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–AS

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melancarkan satu set Soalan Lazim (FAQ) di laman mikro khas berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai rujukan sahih untuk rakyat dan pemain industri.

MITI dalam satu kenyataan hari ini berkata, laman ART yang boleh diakses di www.miti.gov.my/ART menyediakan maklumat tepat mengenai manfaat perjanjian tersebut.

“Ini termasuklah bagaimana ia mengekalkan kedaulatan Malaysia, menjamin akses ke pasaran eksport utama serta memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pembuatan dan eksport.

“Selain itu, FAQ ini juga menjelaskan peranan ART dalam melindungi pekerjaan rakyat, memberikan kepastian kepada perniagaan dan pengeksport serta memberikan penjelasan khusus bagi sektor-sektor tertentu,” kata kenyataan tersebut.

Antara ciri utama laman ART termasuklah Bagaimana ART Menjamin Akses Pasaran AS untuk Anda: ringkasan untuk orang awam, perniagaan dan PKS; Soalan Lazim (FAQs): rujukan tunggal untuk menjawab persoalan utama berkaitan ART dan Pusat Dokumen & Rujukan: kenyataan rasmi, ucapan dan bahan rujukan untuk analisis mendalam.

Bagi setiap pertanyaan berbentuk teknikal pula, MITI turut menyediakan saluran melalui e-mel tariff@miti.gov.my

“Perjanjian ART Malaysia–AS ini diharap dapat mengukuhkan hubungan perdagangan kedua-dua negara serta memperkukuh ekosistem eksport tempatan,” tegas MITI.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button