Berita Semasa

MITI sasar RM23.7 bilion eksport industri aeroangkasa

MELAKA – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, (MITI) menyasarkan nilai eksport industri aeroangkasa meningkat kepada RM23.76 bilion tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan antara 15 hingga 20 peratus berbanding RM19.8 bilion tahun lalu itu didorong keyakinan pelabur terhadap lansdkap industri aeroangkasa negara.

“Tahun ini, kita sasarkan nilai eksport industri aeroangkasa meningkat antara 15 hingga 20 peratus (RM23.76 bilion) berbanding RM19.8 bilion tahun lalu.

“Pada tahun 2021, total trad aeroangkasa ialah RM13.8 bilion,” katanya selepas merasmikan Bangunan 6 (B6) di Composites Technology Research Malaysia (CTRM), Batu Berendam di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datu Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif CTRM, Shamsuddin Mohamed Yusof.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul turut mengumumkan kejayaan CTRM sebagai syarikat pene­raju teknologi komposit untuk industri aeroangkasa mengikat kontrak baharu pembuatan komponen Airbus dengan nilai kumulatif sebanyak RM6.64 bilion sehingga 2030.

Menurut beliau, pelaburan tersebut jelas membuktikan keyakinan syarikat multinasional terkemuka terhadap kestabilan landskap industri aeroangkasa yang kondusif sebagai rantaian bekalan global.

“Kesemua usaha ini bakal mengukuhkan ekosistem aeroangkasa kita dan ia tentu sekali akan meningkatkan profil industri dan juga pelaburan Malaysia dalam rangtaian bekalan global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button