BERITA SEMASA
MINDEF serah Surat Setuju Terima pembelian 2 radar GM400α
PARIS – Kementerian Pertahanan menyerahkan Surat Setuju Terima (LOA) pembelian dua radar udara pertahanan jarak jauh, ground master 400 alpha (GM400α).
Majlis penyerahan itu disempurnakan antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan wakil Thales.
Mohamed Khaled berkata, majlis itu dibuat selepas pertemuan bilateral antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou hari ini.
“Thales merupakan syarikat aeroangkasa dan pertahanan multinasional Perancis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, pembelian radar itu akan meningkatkan keupayaan pemantauan dan pertahanan udara Tentera Udara Diraja Malaysia.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








