BERITA SEMASA

MINDEF bakal wujudkan laluan khas bagi 100 kadet PALAPES sertai ATM

TANJONG MALIM – Kementerian Pertananan (MINDEF) bersedia untuk mewujudkan laluan khas bagi 100 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin berkata, laluan khas tersebut bakal melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara.

Menurut Khaled, langkah tersebut penting bagi memastikan ATM diisi dengan bakat yang pintar daripada pelbagai latar belakang bidang dan pengetahuan.

“Saya telah berbincang dengan ATM dan kita bersedia untuk mewujudkan laluan khas untuk 100 pegawai palapes untuk menyertai ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Executive Lecture Menteri Pertahanan bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Pemangku Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu sidang media selepas menghadiri Program Executive Lecture Menteri Pertahanan bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Mengulas lanjut, Khaled berkata, kementeriannya juga sedang mempertimbangkan untuk menanggung sebahagian daripada bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 100 pegawai kadet Palapes terbabit.

“MINDEF juga sedang mempertimbangkan untuk memastikan 100 yang berjaya sebahagian PTPTN mereka akan ditebus oleh MINDEF,” katanya sambil menambah inisiatif tersebut bakal dilaksanakan pada tahun depan.

@malaysiatribune

MINDEF bakal wujudkan laluan khas bagi 100 kadet PALAPES sertai ATM Kementerian Pertananan (MINDEF) bersedia untuk mewujudkan laluan khas bagi Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin berkata, laluan khas tersebut bakal melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara. Berita penuh : https://malaysiatribune.news/2024/09/05/mindef-bakal-wujudkan-laluan-khas-bagi-100-kadet-palapes-sertai-atm/ #atm #mindef #khalednordin #palapes #universiti

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Sementara itu, Khaled dalam ucapannya menghargai penyertaan para pelajar dalam PALAPES, selain mengharapkan minat serta komitmen mereka diteruskan selepas ini.

Tanpa berselindung, Khaled berkata, beliau benar-benar mahu anggota PALAPES menyertai pasukan ATM atau setidak-tidaknya menjadi sebahagian daripada pasukan simpanan dan sukarela ATM.

“Saya mahu, jika boleh, selepas sahaja tamat latihan dan keluar dari universiti kelak, tidak ada seorang pun daripada kalangan saudara dan saudari yang meninggalkan sektor pertahanan.

“Saya percaya, segala latihan yang telah dilalui dengan baik tersebut telah membentuk disiplin diri, kemahiran serta pemahaman asas terhadap dunia pertahanan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button