BERITA SEMASA

MH370: Malaysia sambung semula pencarian, janji terus usaha dapatkan jawapan

KUALA LUMPUR – Genap 11 tahun sejak kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, kerajaan menegaskan komitmen untuk meneruskan usaha pencarian bagi mendapatkan jawapan kepada keluarga penumpang dan kru yang masih menanggung ketidakpastian.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) berkata, jemaah menteri pada 13 Disember 2024 telah bersetuju menerima cadangan syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom untuk menyambung semula pencarian di kawasan baharu seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.

“Operasi itu akan dilaksanakan berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’, iaitu tiada bayaran akan dibuat sekiranya bangkai pesawat tidak ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MOT dalam.kemyataannya berkata, usaha pencarian itu perlu diteruskan berasaskan petunjuk yang kukuh bagi mengenal pasti lokasi terakhir pesawat dan memberikan jawapan kepada waris mangsa.

“Kami memahami keperluan waris untuk mendapatkan kepastian. Justeru, pencarian ini akan dilakukan dengan penuh teliti berdasarkan data dan petunjuk yang ada,” katanya lagi.

MOT turut memaklumkan perjanjian baharu pencarian sedang dimuktamadkan mengikut prosedur kerajaan Malaysia bagi memastikan operasi ini dapat dimulakan secepat mungkin.

Dalam usaha itu, United States National Transportation Safety Board (NTSB) dan Australian Transport Safety Bureau (ATSB) telah melantik wakil bertauliah bagi memberi sokongan teknikal kepada misi pencarian.

“Kerjasama erat ini amat penting kerana pencarian MH370 merupakan antara operasi paling kompleks dan mencabar dalam sejarah penerbangan,” jelasnya lagi.

Sempena ulang tahun ke-11 tragedi itu, kerajaan menzahirkan simpati kepada waris penumpang dan kru serta terus berusaha untuk mendapatkan jawapan masih diteruskan.

Tragedi MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014 kekal sebagai salah satu misteri terbesar dalam dunia penerbangan selepas pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button