Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap SpaceX
MEXICO CITY – Mexico mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap SpaceX susulan insiden letupan roket Starship di Texas menyebabkan pencemaran rentas sempadan ke wilayah negara itu.
Menurut Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, kerajaan sedang meneliti peruntukan undang-undang antarabangsa yang mungkin boleh diambil sebelum mengemukakan sebarang tuntutan rasmi.
“Insiden itu berlaku minggu lalu semasa ujian pelancaran roket SpaceX di Starbase, berdekatan negeri Tamaulipas, Mexico.
“Kami sedang menyemak kesan yang berlaku dan undang-undang yang boleh digunakan kerana memang terdapat unsur pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti impak sebenar terhadap alam sekitar.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat sebelum ini meluluskan peningkatan pelancaran roket SpaceX kepada 25 kali setahun meskipun dibantah kumpulan alam sekitar.
Isu itu dijangka menambah ketegangan dalam hubungan Mexico dan syarikat korporat utama AS.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






