BERITA SEMASA

MetMalaysia ramal cuaca buruk di lima daerah di Selangor hari ini

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda lima daerah di Selangor sehingga pukul 4 petang ini.

Kata agensi berkenaan dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang serta seluruh Labuan.

Negeri lain pula, Negeri Sembilan melibatkan Seremban dan Port Dickson, Sarawak (Limbang) serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button