
MetMalaysia: Amaran hujan berterusan di empat negeri mulai Khamis
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal melanda empat negeri bermula Khamis ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip berkata, negeri terlibat adalah Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
“Kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak diramalkan akan mengalami hujan berterusan pada hari Khamis.
“Tiga lagi negeri diramal mengalami hujan berterusan pada 20 dan 21 Mac.
“Bagi Pahang, daerah Kuantan, Pekan dan Rompin diramal terkesan, manakala di Johor, melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sabah, hujan beterusan diramal berlaku Khamis dan Jumaat melibatkan daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |