BERITA SEMASA

Menteri Pertahanan tiba di Thailand, dijadual pengerusikan mesyuarat GBC

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Bangkok, Thailand hari ini bagi lawatan kerja rasmi selama dua hari bermula esok.

Menurut Mohamed Khaled, lawatan itu merupakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke Thailand sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

“Ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (4.30 petang waktu tempatan) disambut oleh Thailand Deputy Permanent Secretary for Defence, Air Chief Marshal Surarit Kitchathorn; Deputy Chief of Mission, Tuan Bong Yik Jui dan Atasé Pertahanan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Brigedier Jeneral Samsul Rizal Musa.

“Dalam lawatan ini, saya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau seterusnya dijadualkan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand ke-56 secara bersama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand.

Katanya, mesyuarat GBC itu berperanan sebagai platform utama dalam menguruskan kerjasama persempadanan melibatkan kedua-dua buah negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button