
Menteri Pertahanan terima kunjungan hormat jeneral tentera China
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Chief of Joint Staff, Department of Central Military Commission, People’s Republic of China, Jeneral Liu Zhenli di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, antara perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk soal pengukuhan kerjasama antara dua negara, eksesais ketenteraan, forum antarabangsa dan industri pertahanan.
“Kedua-dua buah negara sebelum ini telah mengadakan dialog dua hala berkenaan pengurusan isu maritim di Laut China Selatan.
“Pendekatan diplomasi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan isu seumpama ini dapat ditangani dengan baik,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Beliau kemudian turut berkata, Malaysia menghargai hubungan diplomasi dan pertahanan dua hala yang sudah lama wujud dengan China dan percaya hubungan baik itu akan terus diperkukuh berlandaskan rasa hormat dan persefahaman antara kedua-dua negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






