BERITA SEMASA

Menteri Pertahanan buat kunjungan ke kapal pengangkut Perancis

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini melakukan kunjungan ke kapal pengangkut milik Tentera Laut Perancis, Charles de Gaulle (CDG) di perairan negara.

Kapal tersebut merupakan sebahagian daripada armada Carrier Strike Group (CSG) Perancis, baharu saja menamatkan latihan bersama negara rakan di rantau ini.

Mohamed Khaled bersama tetamu kehormat lain ketika berada di dek pendaratan kapal pengangkut Charles de Gaulle. – fb/Mohamed Khaled Nordin

“Semasa lawatan saya itu, saya menerima taklimat terperinci mengenai kapal tersebut dan operasinya oleh Rear Admiral Jacques Mallard.

“Kapal CDG ini menempatkan, antara lain, pesawat pejuang Rafale dan pesawat Hawkeye, serta diiringi kapal-kapal pendamping seperti kapal pemusnah dan kapal pembawa bekalan,” kongsi Khaled dalam satu hanataran di akaun Facebook miliknya, petang tadi.

Turut mengiringi beliau dlam kunjungan tersebut, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar; Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris dan tetamu kehormat lain.

Khaled seterusnya berkata, kunjungan CDG ke rantau ini merupakan satu usaha Perancis dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan di rantau ini, termasuklah dengan Malaysia.

Untuk rekod, CDG mula memasuki perkhidmatan pada 2001 dan merupakan sebuah kapal pengangkut dikuasakan tenaga nuklear.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button