
Menteri Perpaduan kutuk kenyataan Tun M berkait kesetiaan masyarakat India kepada negara
KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang mengutuk keras kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan masyarakat India di negara ini masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini.
Beliau berkata, sebagai seorang negarawan yang telah bersama-sama membina negara bangsa, Tun Mahathir tidak sepatutnya melabel kaum India sebagai masih terikat dengan negara asal mereka.
Sebaliknya kata Aaron, bekas perdana menteri itu sepatutnya menjadi seorang ejen perpaduan negara dalam menyebarkan mesej-mesej kebersamaan.
“Negara ini telah dibina atas dasar kebersamaan melalui Kontrak Sosial yang telah membawa kemerdekaan.
“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sekali gus boleh menimbulkan kebencian.
“Pemimpin politik seharusnya menjadi teladan (role model) dalam memupuk nilai-nilai perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tun Mahathir dalam satu waw ancara dengan TV Satelit India, Thanthi TV baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kesetiaan yang penuh kepada negara.
Beliau juga bersetuju supaya masyarakat India lebih berasimilasi dengan masyarakat Melayu.
Aaron berkata, seluruh rakyat negara ini mempelajari, memahami dan mengambil teladan daripada peristiwa sejarah yang pernah dilalui oleh Malaysia agar perpaduan serta keharmonianantara kaum yang dirasai sekarang dapat terus dinikmati.
“Ingatlah, kepelbagaian itu adalah kelebihan dan kekuatan. Kini sudah pun lebih 60 tahun merdeka, rakyat masih mengekalkan nilai “Perpaduan dalam Kepelbagaian” sebagai resam hidup,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |