BERITA SEMASA

Menteri Perpaduan gesa penghantar makanan hantar mesej perkauman dikenakan tindakan

PUTRAJAYA – Penghantar makanan yang didakwa menghantar mesej berbaur penghinaan dan perkauman kepada seorang guru melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata, pihaknya memandang serius insiden tersebut kerana ia bukan sahaja mencemar nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat di negara ini, malah menggugat keharmonian antara kaum.

“Tindakan seperti ini tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesej
Mesej berunsur perkauman yang didakwa dihantar oleh penghantar makanan kepada seorang guru.

Terdahulu, tular satu tangkap layar di media sosial memaparkan mesej berunsur penghinaan yang didakwa dihantar oleh penghantar makanan kepada seorang guru.

Justeru itu, Aaron berkata, syarikat penghantaran yang terlibat perlu mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap individu tersebut, serta memperketat garis panduan tatakelakuan pekerja sedia ada.

“Kementerian juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia agar sentiasa memupuk sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Tidak ada tempat dalam negara ini untuk sebarang bentuk diskriminasi, kebencian atau perkauman,” ujarnya lagi.

Tambah Aaron, beliau percaya bahawa insiden tersebut adalah tindakan individu dan bukannya gambaran masyarakat secara keseluruhan, namun semua pihak harus bertanggungjawab untuk membina negara yang lebih inklusif, aman dan bersatu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button