
Menara KL akan buka dalam masa terdekat – Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA –Menara Kuala Lumpur akan dibuka semula kepada orang ramai dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media selepas mesyuarat jemaah menteri hari ini.
Beliau berkata, ketika ini pihak kementerian masih menunggu maklumat rasmi daripada pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur berhubung status pembukaannya semula.
“Menara KL merupakan struktur penting negara dan dikategorikan sebagai kawasan sensitif kerana menempatkan menara pemancar yang terus berfungsi dengan baik,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung akan menjadi keutamaan kerajaan sebelum pembukaan semula dilaksanakan.
“Kita harap beberapa perkara yang telah dimaklumkan sebelum ini untuk ditambah baik dan diselenggara dapat diselesaikan segera agar orang ramai dapat kembali menikmati keunikan Menara Kuala Lumpur dalam keadaan selamat dan selesa,” ujarnya.
Terdahulu, Menara Kuala Lumpur ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan serta penilaian keselamatan struktur manakala tarikh rasmi pembukaan semula akan diumumkan sebaik kerja-kerja berkaitan selesai dan diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Menara Kuala Lumpur merupakan antara ikon pelancongan utama ibu negara yang menerima kehadiran ribuan pengunjung setiap tahun.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |