BERITA SEMASADALAM NEGERI

Membina Malaysia Madani: Komitmen menentang diskriminasi perkauman

PETALING JAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang menyeru rakyat Malaysia agar membanteras segala bentuk diskriminasi kaum, penghinaan perkauman dan prasangka yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Laporan Rasisme Malaysia 2024 yang berlangsung di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya hari ini, beliau menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian dalam kepelbagaian adalah kekuatan utama Malaysia.

Beliau turut membentangkan Laporan Racism Malaysia 2024 pada majlis tersebut.

“Diskriminasi dalam apa juga bentuk tidak seharusnya wujud dalam masyarakat kita. Ia hanya akan merosakkan asas perpaduan yang telah kita bina selama ini.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama menolak sikap prejudis, stereotaip negatif dan sebarang bentuk ketidakadilan yang berasaskan kaum atau agama,” katanya.

Pada 21 Mac setiap tahun, dunia memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman sebagai satu langkah penting dalam usaha menegakkan prinsip keadilan sosial.

Malaysia juga tidak terkecuali sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya.

“Kepelbagaian ini bukan penghalang, sebaliknya menjadi pemangkin kepada kestabilan dan kemajuan negara kita,” katanya lagi.

Menurut beliau, bagi memastikan keharmonian terus terpelihara, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Perpaduan Negara sebagai panduan utama dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan inklusif.

“Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam mempromosikan keharmonian sosial melalui pendekatan baharu iaitu Harmoni Dalam Kepelbagaian dan pembinaan Negara Bangsa Progresif.

“Namun, kita tidak boleh menafikan bahawa cabaran masih wujud. Diskriminasi perkauman dalam apa jua bentuknya yang boleh merosakkan ikatan yang telah kita bina sekian lama.

“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan bahawa prinsip integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima terus diamalkan dalam setiap aspek kehidupan,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button