BERITA SEMASAPMX

Megawati bincang mengenai ibu negara Nusantara dengan Anwar

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, bagi membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia.

Megawati dalam satu kenyataan berkata,  beliau berbincang mengenai Nusantara dengan Anwar memandangkan Malaysia sebelum ini memindahkan pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya.

“Malaysia melakukannya dahulu apabila berpindah (pusat pentadbiran) dari Kuala Lumpur ke Putrajaya,” katanya memetik laporan Agensi Berita ANTARA.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut Anak Megawati, Puan Maharani.

Menurut Megawati, Anwar berkata pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara, lebih kompleks.

“Beliau berkata berdasarkan keadaan Nusantara yang sedia ada, ia akan mengambil masa lebih lama…,” katanya.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Megawati berada di Malaysia selama dua hari untuk menerima ijazah doktor kehormat dalam bidang sains sosial dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Isnin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button