BERITA SEMASA

MCMC rakam percakapan lelaki hina Nabi dan Islam di Facebook

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun yang disyaki memuat naik komen jelik melampau menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman Facebook miliknya.

Menurut kenyataan media MCMC hari ini, tindakan itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lalu.

“Turut disita dalam proses itu ialah sebuah telefon bimbit berserta kad SIM yang digunakan suspek bagi tujuan analisis forensik,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya lagi.

MCMC turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan platform media sosial, terutamanya dalam menyentuh isu 3R – agama, kaum, dan institusi diraja yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Orang ramai diingatkan agar menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab. Sebarang aduan berkaitan boleh disalurkan melalui saluran rasmi kami,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button