BERITA SEMASA

MCMC keluarkan Notis Niat Gantung lesen operasi Era FM

Pengendali lesen diberi 30 hari untuk jawab notis

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengeluarkan Notis Niat bagi Penggantungan Lesen kepada pengendali stesen radio ERA FM.

Sehubungan itu, kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini, pemegang lesen tersebut diberi tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.

“Susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro, semalam, dan rakaman percakapan pihak terlibat (sudah) dibuat bagi membantu siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta,” katanya lagi.

MCMC turut berkata, pihaknya akan mengemukakan kertas siasatan kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya, esok.

Baru-baru ini, personaliti radio tersebut muncul dalam satu video melakukan tarian dan gerakan yang didakwa mempermainkan amalan penganut Hindu dan menjadi tular di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button