BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

MCMC, JPN Selangor anjur Kempen Internet Selamat 2025

SHAH ALAM – Usaha mendidik murid sekolah rendah tentang keselamatan dalam talian dan jati diri digital terus diperkukuh menerusi penganjuran Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) Peringkat Negeri Selangor 2025.

Karnival anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor itu diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, hari ini.

Sebahagian pelajar sekolah rendah yang menyertai aktiviti sempena penganjuran karnival ini.

“Program Karnival KIS ini merupakan sebahagian daripada kempen mendidik generasi muda tentang keselamatan dalam talian serta membentuk jati diri digital yang beretika dan bertanggungjawab seawal usia di sekolah rendah.

“Sebanyak 12 buah sekolah rendah, merangkumi seramai 240 orang pelajar dan 24 orang guru dari sekitar Shah Alam telah menyertai karnival ini,” kata MCMC dalam satu kenyataan.

Selain SK Seksyen 9, 11 lagi sekolah rendah yang terlibat dalam karnival itu ialah SK Seksyen 6, SK Seksyen 7, SK Seksyen 13, SK Seksyen 17, SK Seksyen 18, SK Seksyen 19, SK Seksyen 20, SK Shah Alam, SK Kota Kemuning, SK Padang Jawa dan SK Bandar Anggerik.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti persembahan koir oleh pelajar SK Seksyen 9, Dinding Ikrar, pameran mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta sesi interaktif bersama pelajar menggunakan Modul Kempen Internet Selamat bagi Tahap 1 dan Tahap 2.

Karnival KIS ini merupakan sebahagian daripada kempen untuk mendidik generasi muda tentang keselamatan dalam talian serta membentuk jati diri digital yang beretika dan bertanggungjawab seawal usia di sekolah rendah.

“MCMC terus komited untuk meluaskan pelaksanaan KIS ke lebih banyak sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara dalam masa terdekat.

“Program sebegini diharap dapat membina ekosistem digital yang selamat, inklusif dan sejahtera untuk generasi masa depan,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button