
MCMC, Digital Perak jalin kerjasama strategik laksana bandar pintar di Perak
IPOH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memeterai kerjasama strategik bersama Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) bagi merealisasikan pelaksanaan bandar pintar secara komprehensif di Perak.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama itu merangkumi pelbagai inisiatif termasuk peningkatan infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau.
“Melalui MoU itu, usaha akan ditumpukan untuk menambah baik liputan Internet di seluruh kawasan Ipoh bagi menyokong perkhidmatan digital Kerajaan Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan di Facebook petang tadi.
Majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bagi program tersebut disaksikan beliau dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan wakil MCMC.

Fahmi berkata, bagi tujuan itu juga, pelan infrastruktur komunikasi akan dibangunkan di lokasi strategik yang telah dipersetujui untuk menyokong pembangunan masa depan.
“Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh agenda digitalisasi negeri Perak selaras dengan matlamat menjadi negeri pintar dan mampan,” katanya.
[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |