SUKANBERITA SEMASA

Mbappe patah hidung, Perancis resah tanpa bintang utama

DUSSELDORF — Kemenangan Perancis dalam Euro 2024 ke atas Austria malam tadi meresahkan jurulatih Perancis, Didier Deschamps apabila kegembiraan itu tercemar dengan kecederaan Kylian Mbappe pada lewat permainan.

Deschamps berkata, kecederaan Mbappe telah menimbulkan kebimbangan kepadanya menjelang pertemuan dengan pasukan Ronald Koeman, Sabtu ini.

“Hidungnya dalam keadaan tidak baik sama sekali. Walaupun kecederaan itu hanya pada hidung, ia merupakan titik negatif yang besar bagi kami malam ini,” kata Deschamps kepada pemberita selepas mencatat kemenangan ke-100 menentang pasukan kendalian Ralf Rangnick.

Katanya, situasi tersebut menimbulkan dilema buat Deschamps dalam persiapan menentang Belanda.

Beliau mengesahkan bahawa Mbappe telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, termasuk pemeriksaan untuk menentukan sama ada pembedahan diperlukan.

Kecederaan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada persiapan pasukan tetapi juga mencabar strategi Deschamps dalam usaha mereka untuk mara lebih jauh dalam kejohanan Euro kali ini.

Penyokong Perancis kini berharap Mbappe dapat pulih dengan segera untuk kembali memperkuatkan pasukan dalam perlawanan akan datang.

Terdahulu, bintang penyerang sensasi itu mengalami kecederaan pada hidungnya selepas terlibat dalam perebutan udara dengan pemain Austria, Kevin Danso.

Mbappe terpaksa dikeluarkan daripada perlawanan selepas insiden tersebut.

Perancis berjaya mengekalkan kemenangan tipis 1-0, sekaligus mengatasi Belanda untuk menduduki tangga teratas Kumpulan D.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button