BERITA SEMASAPMX

MB Terengganu puji peningkatan 25 peratus Geran Perkapita kerajaan negeri

CHUKAI – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut baik keputusan kerajaan untuk menaikkan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau geran per kapita kepada negeri sebanyak 25 peratus bermula 2026.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai bukti hubungan erat serta perbincangan yang konstruktif antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Menurut Ahmad Samsuri, keputusan itu juga merupakan langkah awal dalam usaha memperbaiki kadar pemberian lain kepada negeri dengan mengambil kira faktor demografi yang berbeza di setiap negeri.

“Kali terakhir kadar ini disemak semula adalah pada tahun 2002. Dalam tempoh lebih 20 tahun, banyak perubahan berlaku, termasuk pertambahan penduduk dan nilai ekonomi.

“Di Terengganu, populasi telah meningkat sebanyak 31.6 peratus, iaitu daripada 936,000 orang pada 2002 kepada 1.23 juta penduduk ketika ini,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Samsuri berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Terengganu 2025 di Masjid Sultan Ahmad, di sini.

Pada 6 Mac lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang sebanyak 25 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM548 juta berbanding RM439 juta sebelum ini. Kenaikan ini akan berkuat kuasa mulai tahun hadapan.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button