
MB Pahang dibenar keluar IJN
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini dibenarkan pulang selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak 7 Jun lalu.
Wan Rosdy yang berkongsi perkembangan terbaharu itu dalam hantaran menerusi Facebook berkata beliau buat masa ini dinasihati doktor supaya banyak berehat dan perlu menjalani rawatan susulan.
“Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang setelah menjalani prosedur pembedahan di IJN, tengah hari tadi.
“Buat masa ini saya dinasihatkan untuk banyakkan berehat serta perlu menjalani rawatan susulan. Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama lapan hari saya berada di IJN. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, beliau akan kembali bertugas seperti biasa selepas pulih sepenuhnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |