
Mayat penuntut UniKL dijumpai lemas di Pantai Tanjung Rhu
LANGKAWI – Mayat seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan di Pantai Tanjung Rhu di sini, petang semalam, ditemukan tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dalam satu kenyataan berkata, proses pengecaman mayat Muhammad Fahmi Hafizi Zulkiflli, 20, telah selesai dilakukan oleh ahli keluarganya.
“Pengesahan kematian mangsa pula telah dibuat oleh petugas perubatan sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) untuk bedah siasat.
“Seramai 69 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terbabit dalam SAR,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, seorang penuntut Kejuruteraan Penerbangan, Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Jenderam Hulu, Selangor hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 10 rakannya di Pantai Tanjung Rhu di sini, petang semalam.
Difahamkan, rakan mangsa yang lain cuba menyelamatkan mangsa namun gagal kerana arus air kuat ketika itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






