BERITA SEMASA

Mayat pegawai MOF ditemukan, polis ambil alih siasatan – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan bahawa polis telah mengambil alih siasatan berhubung penemuan mayat seorang pegawai Kementerian Kewangan (MOF) pagi tadi.

“Saya boleh mengesahkan kejadian ini berlaku pada hari ini, 5 Mac. Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, penemuan mayat berlaku pada waktu pagi.

“Dengan itu, pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan meminta semua pihak menunggu hasil siasatan rasmi.

“Setakat ini, kita belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga pihak polis memulakan siasatan.

“Insya-Allah, berdasarkan perkembangan siasatan, saya akan meminta pasukan polis untuk berkongsi maklumat yang dianggap penting dan munasabah untuk didedahkan kepada media,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pegawai perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ditemui meninggal dunia di pejabatnya di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button