BERITA SEMASA

Mayat lelaki ditemukan dalam parit, disyaki mangsa kemalangan di Muar

MUAR – Seorang jemaah yang dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Subuh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam parit di Jalan Sri Temenggung, Parit Unas di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Aidil Rahman, 21, ditemukan lengkap berpakaian bersebelahan sebuah motosikal, dipercayai terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada pukul 7.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dalam perjalanan dari bandar Muar menuju ke Parit Jawa sebelum dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok batu dan tiang lampu di bahu kiri jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak, melanggar papan tanda dan terjatuh ke dalam parit. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button