BERITA SEMASA

Mayat guru ditemui reput di rumah, dipercayai meninggal sebulan lalu

ISKANDAR PUTERI – Bau busuk yang dihidu oleh jiran membawa kepada penemuan mayat seorang guru wanita yang sudah mereput di sebuah rumah di Bandar Selesa Jaya di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan itu pada pukul 8.06 malam pada 12 Jun lalu selepas seorang jiran membuat aduan mengenai bau busuk yang berlarutan dari rumah terbabit.

“Mayat wanita berusia 39 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa tidak hadir bertugas sebagai guru sejak 24 September tahun lalu,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Wanita terbabit merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Taman Tunku Aminah dan tinggal bersendirian, mangsa juga difahamkan belum pernah berkahwin.

Kumarasan berkata, hasil bedah siasat mendapati tahap pereputan mayat berada pada peringkat lanjut (advance decomposition), menyebabkan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.

“Tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Polis sedang berusaha mengesan waris terdekat mangsa bagi tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button