BERITA SEMASA

Mayat ejen hartanah ditemukan terapung di Tasik Astana Alam

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung berhampiran tebing Tasik Astana Alam, Bandar Puncak Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat pada pukul 10.45 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa, lelaki tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai ejen hartanah sambilan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Hafiz, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, isteri mangsa sebelum itu membuat laporan polis pada pukul 12.20 tengah malam di Balai Polis Saujana, memaklumkan suaminya keluar rumah dalam keadaan tidak terurus pada 10 Mei lalu pukul 5 pagi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di talian 012-3818167 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Ejen hartanah sambilan ditemukan meninggal dunia di Tasik Astana Alam, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button