
BERITA SEMASADALAM NEGERI
Tiga maut bot terbalik di Pulau Perhentian
BESUT – Tiga maut, manakala seorang kritikal selepas bot yang dinaiki mereka terbalik akibat ribut di Pulau Perhentian, Terengganu malam tadi.
Ketua Polis Besut, Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata insiden dipercayai berlaku selepas kejadian ribut di hadapan sebuah resort di pulau itu, kira-kira jam 11 malam tadi.
Azamuddin berkata, berdasarkan maklumat awal bot berkenaan dinaiki 16 orang termasuk seorang pemandu bot.
“Semua mangsa yang lain selamat masih berada di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian menunggu bantuan untuk dihantar ke Jeti Kuala Besut,” katanya memetik laporan Harian Metro.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment