BERITA SEMASALUAR NEGARA

MAS sahkan penerbangan dari Hong Kong ke KLIA dilencong ke Vietnam

KUALA LUMPUR – Penerbangan MH79 Malaysia Airlines (MAS) dari Hong Kong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini terpaksa dilencong ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City (SGN), Vietnam, berikutan masalah teknikal yang berlaku ketika penerbangan.

Dalam kenyataan rasmi, MAS menjelaskan keputusan melencongkan pesawat itu dibuat oleh juruterbang demi memastikan keselamatan penumpang sentiasa terjamin.

Pesawat yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu dilaporkan selamat mendarat pada jam 10.40 pagi.

Penumpang yang terjejas kini sedang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Menurut MAS, sebahagian daripada mereka turut disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang sementara menunggu urusan penerbangan selesai.

“Keselamatan penumpang adalah keutamaan nombor satu bagi Malaysia Airlines. Kami kesal atas sebarang kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

MAS menegaskan pihaknya akan terus berusaha memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang sepanjang perjalanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button