
Maritim Malaysia selamatkan aset lebih RM1.5 bilion sepanjang 2024 – Saifuddin Nasution
PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan aset bernilai lebih RM1.5 bilion sepanjang operasi menyelamat maritim tahun lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, nilai tersebut melibatkan 218 insiden maritim membabitkan 1,256 mangsa.
“Sebanyak 1,168 individu berjaya diselamatkan, manakala 62 nyawa terkorban manakala 26 lagi masih hilang,” katanya alam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Tambahnya, Maritim Malaysia turut merekodkan rampasan bernilai lebih RM91 juta daripada operasi maritim yang dijalankan dalam tempoh yang sama.
Rampasan tersebut merangkumi aset yang disita daripada nelayan asing iaitu sebanyak RM85 juta, diesel (RM1.3 juta), dadah (RM983,500), barang kawalan (RM660,401), petrol (RM215,277), daun ketum (RM129,000), rokok (RM16,520), dan barangan lain bernilai lebih RM2.6 juta.
Jelas beliau, agensi tersebut telah menjalankan 50,783 pemeriksaan, yang membawa kepada 1,271 tangkapan.
“APMM kekal sebagai perisai utama dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan maritim negara.
“Kerajaan komited untuk memperkukuhkan usaha keselamatan sempadan demi mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |