
MARA tegas tidak kompromi dengan kes buli
CYBERJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya berlaku insiden buli di pusat pengajian kendaliannya.
Pengerusinya, Datuk Seri Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan akan tetap diambil ke atas sesiapa sahaja yang melakukan aksi buli, tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
“Jangan sesekali ada Institusi Pendidikan MARA termasuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) yang sorok kes buli.
“Saya tidak kira anak pembesar ke, anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA; ‘You touch you go!'” kata Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Selain MRSM, MARA turut mengendalikan pusat pengajian seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
Asyraf Wajdi kemudiannya berkata, beliau telah diarahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turut mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak yang cuba menutup atau mendiamkan kes buli.
“TPM telah arahkan saya, jika ada kes buli disorokkan maka tindakan akan turut diambil ke atas Pengetua terbabit,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |