BERITA SEMASA

Mangsa kedua termakan keropok beracun meninggal dunia

GEORGE TOWN – Mangsa kedua yang termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Memetik laporan BH Online, perkara itu disahkan oleh ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, selepas melawat mangsa di wad.

“Luth sudah meninggal dunia jam 1.24 tengah hari tadi, hilang sudah kesakitannya.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya,” katanya ketika ditemui BH, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Bagaimanapun, kelmarin abangnya meninggal dunia selepas langsung tidak menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di hospital.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button