
Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 398 Orang
MARANG – Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Terengganu meningkat kepada 398 orang setakat pukul 10 pagi ini, berbanding 221 orang malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu memaklumkan, kesemua mangsa kini ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah terjejas.
Daerah Marang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 195 orang ditempatkan di empat PPS.
“Seramai 68 mangsa di Hulu Terengganu dipindahkan ke empat PPS, diikuti Dungun dengan 59 mangsa di tiga PPS, Besut 43 mangsa di dua PPS, Kemaman 32 mangsa di dua PPS, manakala Setiu mencatatkan seorang mangsa yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Bintang,” menurut kenyataan sekretariat tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, paras air di beberapa sungai utama dilaporkan berada pada tahap amaran, termasuk Sungai Marang di jambatan Pengkalan Berangan serta Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Kampung Bukit, Setiu.
Orang ramai di kawasan berisiko diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |