MALINDO MADANI: PM raikan delegasi Indonesia, perkukuh kerjasama Islam serantau
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan delegasi organisasi Islam dari Indonesia sempena Majlis Cendekiawan Malaysia-Indonesia MADANI (MALINDO MADANI).
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, Anwar berkata, pertemuan tersebut telah membuka ruang perkongsian pengalaman dakwah antara dua negara yang telah lama bersaudara.
“Moga ikatan dan jambatan rasa yang telah terbina harus disambung oleh generasi pewaris demi kepentingan dua negara yang bersaudara ini,” katanya.
Terdahulu, Anwar diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menunaikan solat Jumaat bersama lebih 4,000 jemaah di Masjid Putra, di sini hari ini.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menerima Deklarasi Majlis Cendekiawan MADANI Malaysia-Indonesia 2025 yang diserahkan oleh Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama Antara Tamadun Indonesia, Prof Dr M Din Syamsuddin.
MALINDO MADANI adalah inisiatif strategik yang menghimpunkan sarjana, pemimpin pertubuhan Islam, pembuat dasar dan tokoh masyarakat dari Malaysia-Indonesia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






