
Malaysia-Thailand setuju percepat jambatan kedua Sungai Golok
PASIR MAS – Kerajaan Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mempercepatkan pembangunan jambatan kedua Sungai Golok yang menghubungkan kedua-dua negara di Rantau Panjang di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkata itu dipersetujuai melalui pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya, Srettha Tahvisin di Kompleks CIQ (Kastam, Imigresen, Kuarantin) di Sungai Golok, Narathiwat, hari ini.
“Kami putuskan untuk menyegerakan pelaksanaan jambatan kedua Sungai Golok-Rantau Panjang.
“Malaysia dan Thailand akan sama-sama berusaha mempercepatkan,” katanya.
Anwar berkata, kedua-dua negara juga bersetuju melakukan pembersihan muara Sungai Golok yang sangat penting kepada rakyat Kelantan.
“Kami juga akan mempercepatkan pembangunan dan pembersihan muara Sungai Golok yang penting untuk rakyat selatan Thailand dan Kelantan khususnya dalam mengelak masalah banjir,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






