BERITA SEMASA

Malaysia-Thailand capai sepakat ekonomi, pembangunan infrastruktur 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Thailand komited untuk memperkukuh hubungan dua hala bersama Malaysia, khususnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Perkara itu disuarakan beliau selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra di Government House, Bangkok.

Menurut Anwar, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Paetongtarn atas komitmen yang ditunjukkan dalam pertemuan tersebut.

“Kami mengalu-alukan kemajuan dalam perjanjian sedia ada, khususnya usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi di utara Malaysia dan selatan Thailand.

“Dengan Thailand kini menjadi rakan dagang keenam terbesar Malaysia dan jumlah perdagangan melebihi AS$25 bilion tahun lalu, inisiatif itu akan membantu mencapai sasaran AS$30 bilion menjelang 2027,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam usaha mempercepatkan pembangunan bersama, kedua-dua pemimpin bersetuju mempercepat beberapa projek utama termasuk pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang-Sungai Golok dan kerja mitigasi banjir di sepanjang Sungai Golok.

Anwar turut memaklumkan bahawa beliau dan rakan sejawatnya itu menyaksikan satu detik penting apabila perjanjian pembinaan Jambatan Persahabatan ditandatangani oleh menteri dari kedua-dua negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button