Malaysia tegas penyelesaian konflik Palestin berasaskan keadilan sejagat
PUTRAJAYA – Malaysia menegaskan pendirian bahawa penyelesaian sebenar terhadap konflik Palestin mesti berasaskan keadilan sejagat, termasuk mengiktiraf hak rakyat Palestin serta menghentikan kezaliman dan penjajahan oleh rejim Israel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demikian susulan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani semalam, yang memaklumkan perkembangan terkini mengenai usaha perdamaian di Asia Barat.
“Qatar menyatakan walaupun pendekatan perdamaian yang dicetuskan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, disambut baik oleh beberapa negara Islam, namun masih timbul keraguan kerana pelanggaran oleh Israel terus berlaku.
“Kita akan menyuarakan dengan tegas dan berani bahawa penyelesaian mesti bermula dengan mengiktiraf hak rakyat Palestin dan Gaza serta menghentikan kezaliman, penaklukan dan penjajahan oleh rejim Israel,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, telah menghubungi beliau untuk menyatakan kesediaan negara itu menganjurkan satu sidang khas mengenai pemulihan Gaza, dan menjemput Malaysia sebagai pengerusi bersama.
“Kita sedang meneliti kesesuaian dan kebijaksanaan penganjuran sidang tersebut kerana tanggungjawab terhadap keadilan sejagat perlu kita laksanakan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








