Berita Semasa

Malaysia sokong Fatwa Ulama Islam sedunia kutuk pencerobohan Israel di Gaza

PUTRAJAYA – Malaysia menyatakan sokongan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung isu pencerobohan Israel ke atas Gaza, Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau telah mengarahkan agensi-agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama mengadakan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan perbincangan khas melalui Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) dalam masa terdekat bagi meneliti kandungan fatwa ini secara mendalam dan menyeluruh.

“Langkah ini penting demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam, khususnya saudara kita di Gaza,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mohd Na’im turut memberi jaminan bahawa agensi berkaitan akan terus komited dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan, termasuk melalui Tabung Kemanusiaan Palestin.

“Kita semua memikul tanggungjawab bersama untuk terus menunjukkan keprihatinan, menyatakan solidariti dan mendesak penghentian segera kekejaman ke atas rakyat Palestin,” katanya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button