BERITA SEMASAPMX

Malaysia, Singapura capai kesepakatan isu tertunggak – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura berjaya mencapai beberapa kesepakatan dan kemajuan terkait beberapa isu tertunggak.

Perkembangan itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Lawrence Wong, semalam.

“Saya sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong usai berakhir perjalanan hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 di Vientiane, Laos.

“Selama hampir 40 minit, saya dan PM Lawrence berbincang beberapa perkara terkait kepentingan kedua-dua negara, terutama meneroka kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu berbangkit secara berkesan dan sepantas mungkin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, isu yang dibangkitkan dalam pertemuan itu bakal dibincangkan secara lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

“Insya-Allah akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri berkata, beliau dan Lawrence kemudian mengetuai mesyuarat dua hala bersama menteri-menteri dan delegasi kedua-dua negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button