Malaysia sertai pendengaran awam ICJ isu Palestin
KUALA LUMPUR — Malaysia akan menyertai sesi Pendengaran Awam Prosiding Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin yang berlangsung di The Hague, Belanda, esok.
Prosiding tersebut akan meneliti kewajipan Israel terhadap kehadiran dan aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), organisasi antarabangsa lain serta negara ketiga di Wilayah Palestin yang diduduki.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said
bersama pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara serta Kedutaan Besar Malaysia di The Hague.
Azalina dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada jam 11 malam, 28 April (waktu Malaysia) dalam sesi yang menandakan penyertaan ketiga Malaysia dalam prosiding Pendapat Nasihat ICJ berkaitan Palestin, selepas penyertaan pada tahun 2004 dan 2024.
Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah perundangan yang menegaskan tanggungjawab Israel dalam menghalang rakyat Palestin daripada menikmati hak penentuan nasib sendiri, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Malaysia turut bersama 39 buah negara dan empat pertubuhan antarabangsa lain dalam sesi pendengaran ini sebagai lanjutan daripada komitmen aktif negara dalam meluluskan Resolusi Perhimpunan Agung PBB 79/232 yang diterima pakai pada Disember 2024.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






