BERITA SEMASA

Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia kekal komited melaksanakan dasar model dwi rangkaian 5G (dual network).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, komitmen tersebut dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong, hari ini.

Jelas Fahmi, buat masa ini syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

“Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.

“Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) di dalam DNB,” kata Fahmi dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Fahmi turut berkata, walaupun pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial, kerajaan melalui kementeriannya telah memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi negara.

Tambah Fahmi, perbincangan selama 40 minit dengan Zhuanglong turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian.

“Saya turut menyentuh teknologi ‘direct-to-cell’ melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil, serta kawasan yang tiada sambungan internet,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button