BERITA SEMASAPMX

Malaysia sedia jadi pengantara redakan ketegangan Kashmir – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan bagi meredakan ketegangan susulan insiden serangan di Kashmir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, komitmen itu dinyatakan semasa menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, semalam, yang memaklumkan penangguhan lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada Jumaat ini.

“PM Shehbaz memaklumkan penangguhan lawatan susulan ketegangan yang timbul selepas insiden serangan di Kashmir baru-baru ini.

“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Selain itu, Anwar turut mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti dalang sebenar serangan tersebut.

Beliau menambah, hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau.

“PM Shehbaz turut menyatakan penghargaan terhadap hubungan erat antara kedua-dua negara serta mengutarakan hasrat untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman yang sedang dirunding. Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk menyegerakan urusan tersebut,” katanya lagi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia akan menyambut kehadiran pemimpin Pakistan itu dalam suasana aman dan tenteram apabila keadaan mengizinkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button