BERITA SEMASA

Malaysia sedia bantu usaha menyelamat di Maghribi

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia membantu Maghribi dalam usaha menyelamat dan pemulihan susulan gempa bumi yang melanda negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aplikasi X berkata, kerajaan bersimpati kepada seluruh rakyat negara itu yang terkesan dalam tragedi itu.

“Saya terkejut dan sedih dengan malapetaka yang berlaku di Maghribi.

“Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka.

“Malaysia sedia untuk membantu Maghribi dalam urusan menyelamat dan pemulihan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan kesyukuran kerana tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

“Alhamdulillah rakyat Malaysia di Maghribi dalam keadaan selamat dan kerajaan akan terus memantau situasi mereka,”ujarnya.

Dalam kejadian semalam, gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter menggegarkan Marrakech menyebabkan lebih 2,000 nyawa terkorban setakat ini.

Kemusnah paling teruk berlaku di kawasan pergunungan Atlas kira-kira 100 kilometer dari pusat gempa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button